PTJ MARDI Kota Bharu

 
 MARDI Kota Bharu


Ditubuhkan sebagai Ibu Pejabat MARDI Kelantan pada tahun 1971 menumpang di Pejabat Pertanian Lundang. Pada tahun 1974 menyewa bangunan sendiri di Lundang. Tahun 1975 stesen telah berpindah ke Kubang Keranji setelah pejabat bangunan siap dibina di atas tanah seluas 3 ekar merangkumi 2 tingkat bangunan kayu, setor dan bengkel/garaj. Pada tahun 1986 keluasan tanah telah diperbesarkan kepada 7 ekar dan pembinaan telah ditambah dengan bangunan pejabat kekal (konkrit). Tahun 2000 stesen telah distruktur semula sebagai Stesen Pembangunan dan Khusus.  Menempatkan Pejabat Pengarah MARDI Negeri, juga menempatkan kakitangan R&D.

Pengstrukturan semula MARDI 2002 telah memutuskan Stesen Pasir Puteh dan Jeram Pasu di letakkan dibawah pentadbiran Kubang Keranji sebagai Pusat Tanggung Jawab (PTJ). Lokasi Stesen MARDI Kubang Keranji adalah amat strategik terletak di pinggir bandar satelit Kubang Kerian, Kota Bharu serta berhampiran dengan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan Negeri, Projek Kemasin Semerak (PKS), Pelabuhan Perikanan Tok Bali, Projek Pembangunan Pertanian Jeli, Projek Pertanian Bersepadu KADA, Projek Pertanian Integrasi Kesedar dan lain-lain.
 
MARDI Kota Bharu menyediakan prasarana asas untuk khidmat sokongan penyelidikan oleh Pusat-Pusat Penyelidikan MARDI. Stesen ini menempatkan pejabat operasi Pengarah MARDI Negeri Kelantan yang terlibat sepenuhnya dalam program-program pemindahan dan pembangunan teknologi MARDI kepada golongan sasaran, agensi-agensi pengembangan pertanian negeri dan persekutuan Negeri Kelantan.
 
Kemudahan infrastruktur dan bangunan di stesen untuk tujuan sokongan ToT dan R&D adalah meliputi Makmal Latihan (sos, kuih), bangunan kilang (perusahaan potpouri), makmal analisis makanan, makmal padi, bilik TIC, rumah kebal serangga, plot penyelidikan, plot pengeluaran benih kenaf, plot tanaman, bilik kuliah, bilik seminar, bilik mesyuarat, peralatan pengeringan dan pengisaran hasil pertanian serta tapak pengeringan.
 
Peranan stesen ini adalah penting kerana secara langsung menyumbang kepada perkembangan industri hiliran pertanian negeri menerusi program-program pemindahan teknologi serta kerjasama dua hala antara agensi.  Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan termasuk penganjuran kursus, latihan, seminar, ceramah, pameran, sebaran maklumat, penyelidikan bersama Universiti dan Jawatankuasa TWG.
 
MARDI Kubang Keranji berupaya menjalankan fungsi dan tanggungjawab yang diberikan menerusi kerjasama sepadu di kalangan semua kakitangan dari pelbagai pusat di stesen (PS, RI, ET, SR, HR, PT).  Hasil kerjasama erat dan prestasi cemerlang tersebut, stesen telah diisytihar sebagai pemenang Anugerah Stesen Terbaik MARDI 2003



MARDI Pasir Puteh
 

MARDI Pasir Puteh mula didirikan pada 1974. Pada 1976 bangunan telah siap dan beroperasi sebagai kilang memproses makanan ternakan. Tahun 1979  aktiviti R&D yang dijalankan ialah memberi khidmat sokongan kepada penyelidikan tembakau. Pada 1981, projek penyelidikan makanan ternakan dan pengawetan tembakau dijalankan. Tahun 1984, aktiviti-aktiviti pemindahan teknologi makanan aktif dijalankan. Tahun 1999, aktiviti stesen menjalankan latihan-latihan teknikal kursus-kursus teknologi makanan. Pada 2003, Stesen Jeram Pasu diletakkan di PTJ Kubang Keranji.
Fungsi dan aktiviti utama Stesen MARDI Pasir Puteh memfokuskan :
  • Menjalankan aktiviti-aktiviti pembangunan dan pemindahan teknologi Agro-Makanan.

  • Menyedia khidmat sokongan teknikal dan kawalan mutu serta maklumat-maklumat berkenaan membangunkan usahawan yang berinovasi dan berdaya saing.

  • Menjalankan program-program kursus dan demonstrasi pemprosesan makanan samada secara berjadual atau luar jadual.

  • Menyebar maklumat berkaitan Agro-Makanan menerusi ceramah, seminar, pameran, lawatan, mesyuarat dan sebaran media.

  • Menyedia kemudahan dan peralatan serta kepakaran untuk pengusaha di bawah Sistem Test Bed Teknologi MARDI termasuk sewa logistik oleh pelanggan.

  • Menyedia dan mengurus sumber-sumber stesen untuk tujuan pemindahan teknologi dan khidmat pelanggan secara optima termmasuk menjana hasil MARDI.



MARDI Jeram Pasu


MARDI Jeram Pasu mula ditubuhkan pada Februari 1977 dimana asalnya adalah Stesen untuk penyelidikan tembakau. Pada tahun 1978 dibuka dengan rasminya sebagai stesen penyelidikan tembakau. Tahun 1980 stesen telah diserahkan kepada Cawangan Tanaman Ladang. Tahun 1983 stesen telah diserahkan kepada Cawangan Buah-buahan memandangkan tanaman ladang seperti jagung dan kacang tanah tidak berjaya ditanam, manakala tanaman buah-buahan seperti mangga menunjukkan prestasi yang baik. Tahun 1984 stesen telah dijadikan  ’out-reach station’ untuk penyelidikan buah-buahan. Tahun 1985 stesen dijadikan sebagai stesen penyelidikan buah-buahan sepenuhnya mulai bulan September 1985.
Pengstrukturan semula MARDI 2002 telah memutuskan Stesen Jeram Pasu di letakkan dibawah pentadbiran Kubang Keranji sebagai Pusat Tanggung Jawab (PTJ).

Fungsi dan aktiviti-aktivi utama stesen memfokuskan:
  • Stesen sokongan kepada pusat kecemerlangan penyelidikan dan inovasi teknologi bagi buah-buahan.
  • Stesen ini juga berfungsi sebagai stesen sokongan kepada aktiviti pemindahan dan pengkomersialan teknologi.
  • Menjalankan penyelidikan dalam bidang baikbiak baka, agronomi & fisilogi, musuh dan penyakit tanaman buah-buahan.
  • Mewujudkan ladang contoh buah-buahan.
  • Mengadakan program latihan kepada petani dan pengusaha dalam bidang berkaitan buah-buahan




No comments:

Post a Comment